Selasa, 7 Jun 2016

Mat Sabu dedah rahsia kenapa tak bertanding

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu


KUALA KANGSAR - ‎ Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu malam tadi mendedahkan rahsia mengapa beliau tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar walaupun namanya disebut-sebut akan menjadi calon Amanah di kawasan Parlimen berkenaan.‎

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, puncanya adalah kerana hasil perbincangan mendapati bahawa rakan-rakan politik dan partinya tidak mahu calon daripada bekas pemimpin Pas.

‎"Kita adakan perbincangan  termasuk pandangan-pandangan NGO mereka kata kalau boleh cari calon bukan bekas pemimpin Pas lawan Pas.

"Saya pun fikir dan rakan-rakan pun fikir, kita nampak seorang anak disini (Kuala Kangsar)  yang bertaraf profesor dan otaknya hebat terlibat dengan NGO maka kita kemukan Ahmad  Termizi Ramli, dan selepas saya kemukakan dalam mesyuarat tertinggi mereka  sebulat suara bersetuju dan  mereka katakan inilah calon terbaik Amanah,"katanya ketika memberi ceramah di Lembah Sayong Kuala Kangsar,di sini.

Dalam pada itu, beliau berkata oleh itu beliau berharap agar rakyat Kuala Kangsar dapat memberi peluang kepada calon Amanah dalam PRK Kuala Kangsar kali ini.

‎"Hargailah orang bijak macam ini supaya duduk di Parlimen jangan bagi dekat calon yang 'perabis' air liur basi yang sekali sekala bangun, sokong Umno," katanya.

PRK Kuala Kangsar akan menyaksikan  pertandingan empat penjuru dimana Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr AhmadTermizi Ramli (Amanah) akan ‎ditentang oleh calon Pas Dr Najihatussalehah Ahmad, Datin Mastura Mohd Yazid dari BN ,dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

PRK ini diadakan berikutan kematian Wan Mohammad Khairil Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Tiada ulasan: