Ia juga akan dijadikan tempat penginapan pemain muda pasukan itu yang diserapkan dalam mana-mana kelab di Sepanyol.
KUALA LUMPUR: Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bercadang membeli sebidang tanah di bandar Valencia atau Barcelona di Sepanyol untuk dibangunkan menjadi sebuah kem latihan JDT dan juga tempat penginapan para pemain untuk perlawanan pra musim di negara Eropah berkenaan.
Laman Facebook rasmi JDT, The Southern Tigers memaklumkan satu delegasi JDT dihantar ke Sepanyol semalam untuk meninjau lokasi yang bersesuaian di sana.
“Selain itu, ia juga boleh menjadi tempat penginapan pemain muda kami yang diserapkan dalam mana-mana kelab di Sepanyol,” kata kelab itu.
Lawatan berkenaan antara lain bertujuan memperluas jaringan usaha sama antara JDT dengan kelab berkenaan.
Untuk rekod, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menjalankan program pembangunan akar umbi JDT bersama kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund sejak tahun lepas dalam usaha melahirkan pemain muda berkaliber pada masa akan datang.— BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan