OLEH : ERMIZI MUHAMAD
SHAH ALAM : Peniaga disaran mematuhi garis panduan skim kawalan harga ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KDNKK) dengan tidak memanipulasi harga barangan di pasaran.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata ada peniaga sengaja menaikan harga barangan di pasaran ekoran faktor permintaan tinggi menjelang sambutan perayaan.
“Harga barangan menjelang perayaan ini bergantung kepada permintaan (pasaran), kalau permintaan itu tinggi kemungkinan ianya menyebabkan harga pasaran tinggi.
“Peningkatan ini didorong atas faktor permintaan dan penawaran. Oleh sebab itulah kerajaan memulakan skim kawalan harga seawal 20 hari sebelum raya dan sehari selepas raya.
“Tujuannya untuk mengawal harga barangan yang biasanya digunakan untuk tujuan perayaan seperti daging, ayam dan keperluan basah lain,” katanya kepada SelangorKini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman memberi jaminan harga barangan di pasar tani seluruh negara tidak meningkat menjelang sambutan Aidilfitri ini.
Sebelum ini, trend peningkatan harga barangan menjelang perayaan melambung tinggi dan melebih harga skim kawalan ditetapkan KDNKK.
Bagaimanapun Yusoff berkata, peniaga perlu lebih bertangunggjawab dengan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan bagi mendapatkan keuntungan berganda.
“Jika pengguna menyedari harga barangan yang menggunakan label merah jambu dinaikkan secara melampau, mereka boleh membuat aduan kepada KDNKK untuk diambil tindakan selanjutnya,” katanya.
EZY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan