Selasa, 21 Jun 2016

Dituduh khalwat: Pengerusi MyWatch lapor polis terhadap pengguna Twitter

 
Sanjeevan menjanjikan tindakan undang-undang terhadap mereka yang menuduhnya


sanjeevan-twitter


PETALING JAYA: Pengerusi MyWatch membuat laporan polis terhadap seorang pengguna Twitter yang mendakwa beliau ditahan polis dalam serbuan khalwat di sebuah hotel di Seremban.

Mengesahkan laporan itu hari ini, Sri Sanjeevan Ramakrishnan berkata beliau baru sahaja selesai membuat laporan polis.

“Tindakan undang-undang akan menyusul,” tulisnya di Twitter.

Dalam laporan polis yang dilihat FMT malam tadi, Sanjeevan berkata satu twit bertarikh 10 Jun oleh seorang pengguna @mamifoo berkata: “Pengerusi MyWatch @SanjeevanSSS ditangkap khalwat dengan seorang pegawai polis di Seremban. Pencegah jenayah konon!!!”
tweet-1

“Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah fitnah semata-mata dan saya tidak pernah ditangkap untuk apa-apa kegiatan yang didakwa seperti diatas,” kata Sanjeevan dalam laporannya.

“Tujuan saya membuat laporan ini kerana saya percaya penama diatas membuat fitnah dan tohmahan ini untuk menjatuhkan nama baik dan reputasi saya serta keluarga saya.”

Pada malam kemudiannya, Sanjeevan menepis twit daripada @mamifoo, yang menulis: “Kutuk polis merata, tapi sekarang buat laporan kat polis juga.”

Menjawab twit itu, Sanjeevan meminta @mamifoo supaya “jadi anak jantan” dan dedahkan identiti.
Bekas anggota PKR itu sebelum ini menafikan khabar angin dia bertemu seorang anggota polis wanita seperti yang didakwa dalam satu pesanan ringkas yang menjadi viral.

Star Online melaporkan Sanjeevan dan seorang inspektor wanita daripada Jempol ditemui dalam dua bilik yang bersambung di sebuah hotel di Seremban oleh pasukan serbuan khalwat.

Tiada ulasan: