SHAH ALAM: Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengaku menaikkan papan
tanda kontroversi yang tertera perkataan 'Cina babi' kononnya untuk
menyatakan fakta yang benar.
Papan tanda itu menampilkan gambar calon Barisan Nasional, Budiman Mohd
Zohdi berpeluk dengan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal
Yunos dengan kapsyen 'Panggil Cina Babi tidak salah'.
Bagaimanapun kapsyen itu bukanlah diungkapkan calon BN sebaliknya disebut oleh Jamal, menurut papan tanda itu.
"Ia dibuat oleh kami (DAP). (Kami meletakkannya) petang ini (petang
Rabu). Kami hanya menonjolkan fakta bahawa apa yang dia (Jamal) sebagai
Ketua Umno Sungai Besar katakan mengenai orang Cina," kata Pua dipetik
portal Malaysiakini.
Bagaimanapun, papan tanda itu diturunkan selepas diarahkan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR). Menurut SPR, perbuatan DAP itu melanggar peraturan
pilihan raya.
"Kami mahu mengetengahkan isu-isu ini . Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya
telah memutuskan ia melanggar peraturan pilihan raya selepas menerima
adun dan papan iklan telah diturunkan," kata Pua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan