LIHAT VIDEO DI SINI
Bekas Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam mendakwa dirinya dianiaya berhubung dakwaan rasuah RM30,000 dan menipu wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beberapa orang kurang berupaya.
Sambil mengesahkan beliau disiasat berhubung dakwaan rasuah, katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasatnya mengenai tuduhan penipuan simpanan KWSP.
Bercakap kepada wartawan selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya petang ini,
Manikavasagam menafikan terbabit dalam kedua-dua kes itu dan berkata beliau membuat laporan polis kerana mahukan siasatan menyeluruh bagi mengenal-pasti dalang di sebalik dakwaan tersebut.
“Saya membantah sekeras-kerasnya dengan isu ini. Saya buat satu laporan polis.
Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membebaskannya selepas ditahan Selasa lalu atas tuduhan menerima rasuah RM30,000 daripada seorang kontraktor.
Selain menjawat tugas sebagai ketua PKR cabang Kuala Selangor Manikavasagam juga adalah pengarah pengaduan awam parti berkenaan.
Sementara itu, Lembaga Disiplin PKR berkata parti itu memandang serius tindakan yang diambil SPRM.
Bagaimanapun menurut pengerusinya, Datuk Abdul Hadi Khatab, mengikut amalan bahawa siasatan atau dakwaan oleh SPRM sahaja tidak boleh diambil sebagai kesabitan dan bukan penentuan kesalahan.
“Oleh yang demikian Lembaga Disiplin PKR sendiri akan membuat siasatan secara bebas daripada SPRM terhadap kes Manikavasagam daripada segi disiplin parti.
“Lembaga Disiplin PKR sedang menunggu untuk bertemu Manikavasagam untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang dakwaan terhadap beliau untuk menjalankan siasatan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan