shahbudindotcom
Soalan
mudah daripada Rafizi Ramli untuk Rosmah Mansor di hari ketiga
pendedahannya mengenai penggunaan jet kerajaan oleh isteri Perdana
Menteri itu - berapa banyak beg dan apa isi di dalamnya?
Jawab, jawab...jangan tak jawab.
Kali ini rasanya lebih sesuai jika Rosmah sendiri tampil memberikan jawapannya, bukan melalui pegawai khasnya, Rizal Mansor lagi.
Sebab setakat pegawai khas tak mungkin tahu berapa jumlah beg tersebut, apatah lagi isi-isi dalam semua beg itu.
Hanya Rosmah satu-satunya yang lebih tahu.
Tapi kalau tak boleh atau susah jawab di dunia, jawab saja di akhirat nanti.
Video beg-beg sedang diangkut ke dalam pesawat boleh ditonton melalui facebook Rafizi Ramli.
NOTA
- Baru sebentar tadi pegawai khas Rosmah, Rizal Mansor tampil dengan
penjelasannya berkaitan isu yang dibangkitkan Rafizi ini.
Menurut
kata Rizal, ruang kargo peswat itu telah diubahsuai untuk membesarkan
tangki minyak, maka dengan kata lain ruang kargo adalah kecil, sebab
itulah beg diangkut ke dalam pesawat.
Rasa-rasa logikkah jawapan itu?
Dalam
kes penerbangan ini, kata Rizal lagi, ruang kargo digunakan untuk
membawa kostum dan alatan Permata Seni, maknanya sebab itu ia tak muat
untuk diisi dengan beg-beg.
Sekali lagi, logikkah jawapan itu?
Masuk
akalkah pesawat membawa VVIP turut digunakan macam lori untuk
mengangkut barang-barang dan alatan, lebih-lebih lagi VVIP di dalam
pesawat itu ialah "First Lady" yang bernama Rosmah Mansor?
Logikkah perjalanan yang hanya memakan masa 13 jam sampai perlu menukar pakaian dan mandi bagai dalam jet?
Lebih
kelakar, takkan kesemua 13 penumpang membawa beg kerana kononnya
mereka perlu menukar pakaian masing-masing semasa dalam penerbangan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan