MSO
Tanpa mengira bulan Ramadhan bulan keraian dan persahabatan, Umno
bertindak mengikut akal fikir politiknya mengambil tindakan memecat
Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin dan bekas MB Kedah Mukhriz
Mahathir.
Turut sama diambil tindakan ialah naib presiden Shafei Afdal. Shafei
digantung keahliannya sehingga lembaga disiplin memuktamadkan siasatan
terhadapnya.
Pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz serta penggantungan Shafei itu diumumkan Najib Razak selepas mesyuarat MT petang ini.
Adalah dipercayai keberanian Najib membuat tindakan yang melukai ahli
Umno bawahan itu ekoran kemenangan besar BN dalam dua Pirake Sungai
Besar dan Kuala Kangsar lalu.
Saya akan mengulas lanajut kesan pemecatan itu dan ke manakah hala tuju
Muhyiddi dan Mukhriz selepas ini dalam blog ini. Apakah mereka akan
bergabung dengan pembangkang atau pun bersendirian.
Dan tentang Muhyiddin apakah beliau akan mengambil keputusan bersara wajib dalam politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan