Sabtu, 18 Jun 2016

Adenan ingatkan Menteri Sarawak tunai janji PRN 11

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengingatkan barisan kepimpinan negeri itu menunaikan semua janji semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) bulan lalu. 
 
Katanya, banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam tempoh lima tahun akan datang sebelum tibanya PRN ke-12. 
 
"Tunaikan janji sedia ada, barulah buat janji baharu. Kalau tak nak buat kerja, saya tukar. Kalau tak bagus, rakyat akan tolak. 
 
"Saya ada petunjuk prestasi utama (KPI) untuk menilai setiap menteri. 
 
"Dalam tempoh lima tahun, ada banyak benda yang perlu dibuat. Kepada mana-mana YB (Yang Berhormat) yang tak nak buat (tanggungjawab), tak perlu jadi YB," katanya di sini, malam tadi. 
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Anak Sarawak Bersama Ketua Menteri di sini. 
 
Yang turut hadir, isteri beliau, Puan Seri Jamilah Anu; Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kini memangku Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Nancy Shukri.
 
 

Tiada ulasan: