shahbudindotcom
Sebenarnya
tidaklah sukar mencari punca segala masalah dalam negara kita sekarang
ini, ia terpulang sama ada kita mahu memahami dan bersikap jujur dengan
diri sendiri atau sengaja menutup pintu hati tentangnya.
Puncanya tidak lain melainkan hanya satu - Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.
Selagi
kedua-duanya ada, selagi itulah semua masalah dalam negara sentiasa
bertambah buruk dan sukar. Masalah yang diakibatkan oleh Najib kepada
negara ini sudah terlalu berat untuk ditanggung dan dipulihkan, kecuali
jika beliau dapat disingkirkan dengan seberapa segera.
Walaupun
bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah berulangkali
menekankan perlunya Najib diundurkan daripada mentadbir negara ini demi
harapan dan masa depan yang lebih baik, perasaan itu kini turut dikongsi
secara terbuka oleh bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik untuk kita
semua.
Kata
bekas menteri itu, "kita singkirkan Najib dan Rosmah, negara akan
kembali normal. Keamanan, kestabilan dan kemajuan akan kembali ke
Malaysia."
Yessss, itulah yang sebenar-benarnya.
Harus
disedari juga, yang menyimpan perasaan sebegitu berjuta lagi di
kalangan rakyat biasa. Malah dalam UMNO sendiri, perasaan itu tumbuh dan
bercambah setiap hari.
Cuba
kita renung di sebalik pelbagai isu dan tindakan yang diambil Najib
sejak akhir-akhir ini, adakah keadaan menjadi bertambah baik atau
sebaliknya?
Selepas memecat Gani Patail, Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal, adakah keadaan dalam negara tambah meyakinkan atau lebih buruk?
Selepas
Zahid Hamidi dijadikan Timbalan Perdana Menteri, adakah gandingannya
dengan Najib telah berjaya membawa sesuatu impak yang dilihat bermanfaat
kepada rakyat dan negara?
Selepas
majoriti pimpinan UMNO peringkat atasan menyatakan sokongan terhadap
Najib, adakah ia disertai sama dengan keyakinan rakyat?
Selepas rasionalisasi hutang 1MDB yang kononnya telah berjaya dilaksanakan, berapa peratuskah rakyat yang yakin dan percaya?
Selepas
Najib "dibersihkan" oleh Peguam Negara yang baru, Apandi Ali daripada
sebarang pendakwaan di mahkamah, adakah Najib dilihat makin "putih" atau
kian "hitam"?
Selepas
Mukhriz Mahathir digugurkan sebagai Menteri Besar Kedah, adakah
sokongan rakyat terhadapnya atau kepada UMNO, jadi bertambah?
Secara
keseluruhannya, sejak tempoh setahun yang lalu misalnya, melalui
beberapa tindakan drastik Najib, apakah ia benar-benar mendatangkan
kebaikan kepada UMNO dan negara?
Cuba
pertimbangkan pula kemungkinan ini - sekiranya tiba-tiba esok didapati
Najib bukan lagi sebagai Perdana Menteri, berapa ramai rakyat yang
melonjak gembira, menarik nafas lega dan sujud syukur kerananya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan