Rabu, 22 Julai 2015

Kes Wangsa Walk, 10 lagi ditahan

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seramai 10 orang lagi ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di pusat beli-belah Wangsa Walk di sini semalam.
 
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Suprintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata penangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah yang ditangkap ialah 21 orang termasuk 11 yang ditahan semalam.
 
Semua 21 suspek yang berusia antara 15 hingga 29 tahun kini direman hingga Jumaat ini, katanya. Beliau berkata, suspek lain sedang dikesan.
 
Sementara itu Mohamad Roy Suhaimi berkata lima yang cedera dalam insiden itu dilaporkan dalam keadaan stabil dan hanya seorang yang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Pergaduhan berlaku di Wangsa Walk dipercayai akibat tindakan seorang individu cuba menghalang perhubungan adik perempuannya dengan seorang lelaki. 


Tiada ulasan: