MALAYSIAKINI
Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa para MP untuk
mengambil tindakan bersama untuk “menyelamatkan negara” sekiranya
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dari
Kabinet.
Kenyataan Husam itu dipercayai bermaksud agar para MP bergabung suara
untuk mengemukakan undi tidak percaya di Parlimen ke atas Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bekas MP itu membuat seruan tersebut ekoran kenyataan Pejabat Perdana
Menteri semalam yang mengarahkan Muhyiddin menutup mulut dalam isu 1MDB.
“Arahan terbuka PM supaya semua pihak termasuk timbalannya sendiri mesti
membisu sepanjang isu 1MDB membuktikan Datuk Seri Najib tidak lagi
mengambil kira integriti diri dan kerajaan yang dipimpinnya.
“Demi 1MDB, Datuk Seri Najib sanggup melakukan apa sahaja tanpa memperdulikan lagi nasib negara dan maruah dirinya.
“Bermakna, jika beliau kekal sebagai PM, lebih banyak malapetaka
terhadap rukun bernegara akan berlaku,” kata bekas MP Kubang Kerian itu
dalam kenyataannya.
Susulan arahan Najib semalam, timbul spekulasi bahawa Muhyiddin akan digugurkan dari Kabinet.
“Andainya Tan Sri Muhyiddin dipecat dari kabinet, semua ahli Parlimen
yang mempunyai kesedaran untuk menghentikan kerakusan kuasa dengan
membelakangkan kepentingan negara hendaklah mengusahakan satu tindakan
bersama mengikut amalan demokrasi sedia ada,” kata Husam.
Husam bagaimanapun menjelaskan bahawa seruannya itu bukan dibuat kerana Muhyiddin tokoh terbaik untuk memimpin negara.
“Muhyidin bukan tokoh terbaik tetapi membiarkan 1MDB merosakkan lagi negara ini adalah lebih memudaratkan.
“Saya mengulangi seruan saya supaya MP ada kesedaran patriotik mengambil satu inisiatif bersama,” katanya.
1 ulasan:
lagi cerita panas ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<
Catat Ulasan