Rabu, 29 Julai 2015

Muhyiddin akan buat penjelasan pada Rabu

 
TPM tidak akan membuat sebarang kenyataan sehingga ke tarikh yang ditetapkan


muhyiddin


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjelaskan pengguguran jawatannya pada jam 11 pagi Rabu.

Katanya, sehingga ke jam dan tarikh berkenaan beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan.

“Saya cuma nak nyatakan saya telah mengeluarkan kenyataan dan media telah melaporkan apa yang berlaku. Saya tidak akan beri kenyataan baru.

“Saya akan maklumkan esok jam 11 pagi. Saya jemput semua media dalam negara dan luar negara datang sini (rumah) dan di situ nanti saya akan jelaskan apa-apa pertanyaan persoalan yang dikemukakan oleh saudara-saudara sekalian,” katanya ketika dikerumini wartawan di kediamannya di Bukit Damansara.

Dalam kenyataan rasmi sebelum ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, menerima dengan hati terbuka penyingkiran jawatan yang disandang dalam pembentukan baru barisan menteri kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Selasa.

Tiada ulasan: