Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
hari ini menolak dakwaan yang mengatakan BN akan kalah dalam pilihan
raya umum (PRU) akan datang ekoran kontroversi 1MDB.
Sebaliknya, beliau menyatakan keyakinan jika kepimpinan Umno-BN terus bersatu dalam menangani isu semasa mereka pasti akan memperoleh kejayaan lebih bermakna.
"Saya tidak tahu dari mana kajian diterima timbalan perdana menteri (mengatakan Umno akan tewas pada PRU akan datang).
"Dulu yang pernah cakap begini ialah Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya dalam satu sidang media di Serdang hari ini.
Mengambil kira pandangan pengundi beliau, Ahli Parlimen Bera itu berkata mereka tidak pun banyak berbincang mengenai 1MDB.
Katanya, penduduk luar bandar lebih banyak bercakap tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan masalah kenaikan harga barangan.
"1MDB ini hanya dibincangkan dalam media sosial dan mungkin orang di Kuala Lumpur.
"Nak kata BN akan kalah, saya rasa perlu ada kajian sikap dahulu.
"Kalau kajian sikap (peringkat) akar umbi diambil, saya percaya Umno masih boleh menang," katanya.
Ismail Sabri juga berharap jangan ada pihak cuba memecahkan Umno dari dalam parti itu sendiri kerana jika ia berlaku tiada parti yang akan menang dalam PRU akan datang.
Katanya, itu antara sebab mengapa pemilihan Umno di semua peringkat ditangguhkan bagi membolehkan ahli memberi tumpuan kepada PRU.
"Kalau fokus PRU, dan umno terus bersatu, saya tak nampak macam mana Umno boleh kalah," katanya.
Sementara itu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan amarannya bahawa Umno-BN berdepan dengan krisis kepercayaan ekoran kontroversi 1MDB.
"Sila buktikan apa yang kamu katakan," kata Ahmad Zahid Hamidi dalam satu temu bual dengan akhbar Sin Chew Daily.
Malah, Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri itu berkata Muhyiddin sepatutnya bersama-sama dengan kepimpinan parti dalam menangani perkara berkenaan.
Ahmad Zahid berkata sebagai timbalan perdana menteri dan Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin tidak sepatutnya menyatakan pendirian bertentangan dengan Datuk Seri Najib Razak secara terbuka.
Muhyiddin pada Ahad lalu memberi amaran bahawa parti itu berdepan dengan krisis kepercayaan ekoran kontroversi firma pelaburan 1MDB.
Bercakap di Mesyuarat Agung Umno bahagian Cheras, Muhyiddin berkata jika pilihanraya umum diadakan dalam masa yang terdekat, Umno akan tewas.
Bagaimanapun, ahli Parlimen Pagoh itu menjelaskan ramalan beliau itu bukan satu bentuk kritikan terhadap Presiden parti Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan