Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kehilangan wang negara semasa era pemerintahannya, namun menjelaskan ia tidak seteruk yang berlaku ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila mendakwa kerajaan kehilangan berbilion ringgit.
Bekas perdana menteri itu turut mempertahankan keputusan pelaburan negara ketika 22 tahun era pemerintahannya dan mendakwa skandal syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) milik Kementerian Kewangan lebih teruk kerana ia melibatkan hutang RM42 bilion.
“Saya akui di masa saya juga ada kehilangan wang negara, tetapi rakyat dan dunia tahu bagaimana wang ini hilang,” katanya menerusi blog peribadinya chedet.cc hari ini.
Dr Mahathir turut mengambil peluang menjelaskan skandal kewangan ketika zaman
pemerintahannnya seperti Perwaja Steel, Bank Bumiputera dan Maminco. “Yang nyata ialah negara tahu di mana pergi wang yang dilabur semasa saya (memerintah), dalam perniagaan adakala untung, adakala rugi.
“Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui ke mana," kata Dr Mahathir, dipetik laman blog berkenaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan