Idris Ahmad
KUALA LUMPUR - Pengangkutan awam didakwa bakal terus terpinggir
daripada sebarang penambahbaikan apabila hasil kutipan Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) menjadi mangsa ketirisan dan penyelewengan.Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Idris Ahmad mendakwa, janji kerajaan untuk menyalurkan cukai baharu itu bakal dimungkiri seperti yang berlaku semasa kenaikan minyak sebelum ini.
"Saya ingat waktu kerajaan naikan harga petrol dengan alasan memperbaiki pengangkutan awam tapi walaupun sudah 20 sen, tapi pengangkutan awam kita tetap sama (uzur).
"Keretapi kita macam biasa, setiap sejam sangkut, keretapi kita buruk macam sama dengan usia dunia," katanya semasa berucap pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar) di Padang Merbok, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Idris berkata, rakyat tidak marah kepada cukai baharu itu sebaliknya mereka hanya mempertikaikan jaminan dana awam itu dimanfaatkan sepenuhnya.
"Soal cukai kita tak marah sebab negara lain seperti Australia dan Singapura kenakan GST mereka lagi tinggi.
"Namun rakyat mereka tidak marah walaupun cukai tinggi namun mereka dapat manfaat daripadanya," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan