Oleh Ahmad Mustapha Hassan
Negara ini tidak pernah memiliki pentadbiran yang lebih tidak cekap berbanding kerajaan kini di bawah Najib Razak. Ini adalah kerajaan paling lemah dan berhadapan pelbagai skandal. Tetapi amat mengejutkan apabila beliau mendapat sokongan besar daripada mereka di dalam Umno Baru dan rakannya yang tidak relevan di dalam kerajaan.
Sebuah jet mewah telah dibeli, walaupun yang ada masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Kemudian tentang perjalanan yang menelan belanja jutaan ringgit, apabila jet menjelajah banyak negara tanpa sebab yang munasabah.
1MDB
telah menunjukkan kerugian berjumlah RM42 bilion, dan tiada seorang
pun yang menyokong Najib memperkatakannya. Mereka hanya membiarkan
kesalahan berlaku. Seolah-olah tiada seorang pun dalam kerajaan dan
Umno Baru yang peduli.
Tentulah
tidak salah untuk menyokong pemimpin, namun apabila pemimpin itu telah
melakukan kesalahan yang nyata dan menyebabkan negara kehilangan wang
berbilion ringgit, mereka perlu menunjukkan bahawa hal itu tidak boleh
dibiar begitu sahaja. Mereka perlu memberitahu Najib untuk
memperbetulkan tindakannya dan lebih bertanggungjawab.
Jepun
adalah sebuah negara yang mana rakyatnya amat mengambil berat soal
pemimpin mereka. Kebanyakan pemimpin di sana tidak bertahan lebih
daripada beberapa bulan. Rakyatnya tidak dapat bertoleransi dengan
apa-apa yang tidak munasabah yang dilakukan pemimpin mereka.
Namun
di negara ini, sokong diberi kepada pemimpin secara buta-tuli walaupun
beliau menunjukkan ketidakcekapan dalam menjalankan tugas.
Amat
menghairankan apabila membaca semakin ramai parti rakan Umno Baru yang
menyatakan sokongan kepada Najib. Parti-parti ini hanya menggali kubur
sendiri, dan mereka memang pun sudah hampir mati.
Pertama,
Ketua Bahagian Umno Baru mengadakan pertemuan untuk menunjukkan
sokongan kepadanya. Sejumlah 160 “warlord” memberikan dukungan penuh
kepada ketua mereka yang tiada keupayaan dan semberono. Ia langsung
tidak bermakna apa-apa.
Feudalisme
dalam Umno Baru telah merebak ke dalam struktur parti rakan-rakan
mereka. Sebahagian kenyataan daripada pemimpinnya memang menggelikan
hati.
“…kepimpinan Perdana Menteri
telah membawa banyak transformasi yang positif kepada negara kita…”
kata Presidem Gerakan Mah Siew Keong.
Kenyataan
ini pula datang daripada Barisan Progresif India (FPI): “Beliau
(Najib) telah membawa banyak perubahan kepada masyarakat India, dalam
soal pendidikan, kerajaan telah melihat keperluan-keperluan masyarakat
India…”
MCA juga menunjukkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Najib dan enggan melayan apa-apa kritikan terhadapnya.
Ini
adalah pengikut-pengikut buta yang melayan Najib selaku ketua feudal.
Mereka tidak dapat melihat sebarang kelemahan dalam kepimpinannya.
Umno Baru tentunya seorang guru yang cekap, atau barangkali pemimpin parti-parti ini adalah pelajar cemerlang Umbo Baru.
Rakyat
harus menunjukkan kepada semua pemimpin tidak cekap ini, bahawa mereka
tiada tempat dalam pentadbiran negara ini. Kita bukan sahaja
ketinggalan di belakang negara lain di rantau ini, kita juga nampaknya
akan menjadi “negara gagal” pertama di Asia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan