Selasa, 14 April 2015

Mahathir bimbang M'sia jadi negara polis

MALAHSIAKINI


 


Ketika polis bertindak keras terhadap kritikan dan perbezaan pendapat, Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bimbang Malaysia menjadi negara polis.

Dalam video YouTube dimuat naik oleh penulis blog yang mewawancaranya pada Jumaat, Mahathir berkata tangkapan wartawan daripada The Edge Media Group bukan cara betul untuk menggunakan kuasa.

Dalam video 40 saat ini yang disunting itu, tidak memuatkan bahagian awal dan akhirnya.

Bagaimanapun, Mahathir kelihatan merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir berkata walaupun perkara itu dinafikan, beliau berharap Malaysia tidak menjadi negara polis yang menangkap orang sesuka hati, sehinggakan majistret juga tidak bersetuju dan enggan membenarkan reman.

Pada 30 Mac lalu, tiga penagrang The Malaysian Insider (TMI), portal bawah The Edge Media Group, ditahan berhubung laporan menyebut Majlis Raja-raja Melayu menolak hudud.

Mereka ditahan semalaman dan dibebaskan selepas polis gagal mendapat perintah reman daripada majistret.

Pengarah Eksekutif TMI Jahabar Sadiq dan penerbit The Edge Ho Kay Tat ditahan pada hari berikutnya.

Portal itu meminta maaf tetapi membangkitkan perkara sama dilakukan media arus perdana yang mempunyai kaitan dengan kerajaan, tetapi tidak berdepan tindakan.

Tangkapan wartawan itu mengundang kritikan keras kumpulan media yang berpendapat tindakan itu berlebih-lebihan dan mengganggu kebebasan media.




Tiada ulasan: