MALAYSIAKINI
Pemuda Gerakan hari ini menggesa Menteri Besar Selangor Azmin Ali
menyelesaikan isu bantahan terhadap lambang salib di sebuah gereja di
Petaling Jaya.
Ketuanya Tan Keng Liang berkata kerajaan negeri harus menegakkan
kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan
Persekutuan.
“Azmin harus selesaikan isu ini tanpa berlengah lagi.
“Jangan biar perkara ini jadi satu lagi insiden panjang seperti kes
rampasan Bible BSM oleh agensi kerajaan negeri tahun lalu,” kata Tan.
Ditanya berhubung langkah yang perlu diambil oleh kerajaan negeri, Tan berkata exco Selangor patut arahkan salib itu diganti.
“Mungkin mereka patut dapatkan majlis tempatan untuk bantu mereka.
“Saya rasa Azmin tahu hendak buat apa untuk selesaikan itu itu,” katanya.[Baca berita asal]
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Datuk Dr Mujahid
Yusof Rawa berkata tuntutan pihak yang membantah boleh ditangani melalui
perundangan dan semangat Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang
menjamin kebebasan beragama.
Beliau juga menyuarakan kebimbangan jika semua pihak mula mempertikaikan
simbol agama masing-masing akan memusnahkan sikap toleran dan hormat
menghormati antara agama.
"Saya yakin isu simbol salib di rumah kedai Kampung Medan perlu dilihat
sama ada tindakan itu bercanggah atau tidak dengan peruntukan
undang-undang kecil perbandaran.
"Jika ada kesalahan maka ia adalah isu undang-undang dan jika tidak ada
kesalahan maka asas kebebasan beragama perlu dipertahankan," katanya.
Katanya lagi, beliau khuatir isu itu akan terus dieksploitasi oleh
kelompok sempit agama dan rasis yang mahu merosakkan hubungan damai
antara agama di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan