MALAYSIAKINI
Pejabat Presiden PAS berkata laporan Bernama yang memetik Datuk Seri
Abdul Hadi Awang sebagai perkata parti itu menyambut baik dan menyokong
usaha kerajaan untuk menangani keganasan menerusi Rang Undang-Undang
Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 adalah
tidak benar dan bercanggah dengan kenyataan sebenar presiden PAS itu.
Laporan Bernama itu memetik Abdul Hadi berkata demikian dalam satu sidang media di Rusila di Marang semalam.
"Dalam sidang media yang menjadi sumber berita tersebut, presiden PAS
menyatakan bersetuju menentang keganasan kerana pada dasarnya itulah
yang disebut dalam Islam," jelas Dr Ahmad Samsuri.
"Manakala membawa masuk keganasan ke dalam negara adalah dilarang oleh Islam.
"Dasar untuk menghalang keganasan adalah bertujuan untuk mengelakkan fenomena islamfobia terus dijaja dalam dunia Islam.
"Walaupun begitu, PAS tidak bersetuju dengan kerajaan dalam sudut
teknikal undang undang yang telah dibahaskan panjang lebar sebelum ini,"
tambahnya.
Dengan penjelasan ini, kata Dr Ahmad Samsuri, pejabat presiden PAS
berharap, laporan itu tidak lagi mengelirukan penyokong dan pendokong
PAS seluruh negara.
Menurutnya, rakaman sebenar sidang media presiden PAS itu boleh dilihat
dan telah disebarkan ke dalam media maya untuk pengesahan lebih lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan