Ahad, 19 April 2015

Dari BR1M ia datang, kepada GST ia dikembalikan



Oleh ANIS NAZRI 



 Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) dilaksanakan telah pun di Malaysia. Cukai yang diperkenalkan kerajaan bermula 1 April itu menimbulkan pelbagai pendebatan hebat, sama ada di Dewan Rakyat, kedai kopi, pejabat, di merata ceruk rantau di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.

Malah, perdebatan mengenai cukai kontroversi itu juga membabitkan anak muda, yang kononnya dahulu tidak menghiraukan soal dana dan kewangan negara. Namun, kadar enam peratus GST yang dikenakan kerajaan kepada rakyat tanpa memilih bulu, akhirnya turut menjentik rasa sebilangan anak muda yang mungkin terasa apabila kad tambah nilai telefon pintar turut dikenakan GST.

Biarpun sudah genap seminggu dilaksanakan (ketika rencana ini ditulis), isu GST masih mengasak minda rakyat yang cukup merasai impak yang dilalui mereka apabila keluar membeli barangan keperluan seharian. Malah, jika ingin minum teh tarik di kedai mamak sekalipun, mereka pasti merasai kesan dari GST yang dikatakan kerajaan tidak membebankan rakyat.

Mungkin pemimpin negara, menteri-menteri, usahawanusahawan berasakan setelah seminggu GST diperkenalkan, tiada lagi laporan yang mengatakan ada di kalangan rakyat yang dijumpai mati kelaparan. Mungkin juga ada yang beranggapan reaksi amarah rakyat hanya sekadar tahi-tahi ayam, yang akhirnya akan sejuk sendiri.

Namun, hakikatnya masih ramai yang merintih dengan impak yang dihadiahkan kerajaan melalui GST. Tetapi, mereka bagaikan sudah tidak mampu meluahkan kata-kata kerana sedar tiada siapa yang sudi mendengar keluh-kesah biarpun pelbagai cara mereka menyampaikan rasa tidak puas hati mereka.

Memahami situasi yang melanda rakyat ketika ini, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, melahirkan keyakinannya bahawa golongan yang begitu merasai kesan pelaksanaan GST sudah tentulah wanita memandangkan golongan ini merupakan 63 peratus pembuat keputusan utama dalam perbelanjaan keperluan rumah, sekaligus mereka juga yang dilihat mendominasi kuasa beli pengguna.

“Ironinya, selepas dua minggu pengguna dipaksa membayar cukai itu, kerajaan dilihat masih lagi tertumpu kepada memberi kefahaman rakyat berkaitan GST ini walaupun persediaan ke arahnya telah berlaku 17 bulan lebih awal sebelum ini, termasuk sesi dialog Soal Jawab di kaca televisyen TV3 lewat malam, 8 April lalu,” kata Nuridah dalam satu kenyataannya 9 April lalu.

Tindakan kerajaan itu, bagi Nuridah ternyata tidak sensitif dengan himpitan yang terpaksa diterima rakyat, sedangkan mood rakyat ketika ini berdepan dengan pelbagai kenaikan harga belian biarpun sebelum GST diperkenalkan.

Lebih mengharukan, ada ketikanya rakyat terpaksa membayar cukai itu dalam keadaan masih banyak syarikat dan peniaga sendiri yang masih tidak memahami kaedah pengiraan GST.

“Saya memahami kita masih baru dengan kaedah pengiraan GST ini. Cuma, keadaan ini telah menyulitkan rakyat, khususnya wanita bagi merancang dan menyediakan perbelanjaan keperluan rumah, tambahan pula terdapat segelintir syarikat dan peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga dalam keadaan kerajaan hilang kawalan terhadap kes-kes seperti ini,” kata beliau.

Kecelaruan yang timbul ekoran pelaksanaan GST boleh dilihat pada hari-hari awal cukai ini dilaksanakan apabila pelbagai aduan yang terpaksa ditadah kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Kastam daripada rakyat.

Malah, kewajaran syarikat telco mengenakan caj enam peratus ke atas kad tambah nilai turut dipertikai sehingga kerajaan terpaksa mengadakan perbincangan dengan syarikat telco berkenaan bagi mencari jalan keluar mengatasi aduan yang dilakukan rakyat.

Itu sekadar kad pra bayar, sedangkan masih begitu banyak barangan dan perkhidmatan yang dirasakan rakyat tidak wajar dikenakan, yang mungkin memberikan kerajaan lebih banyak masa untuk mengatasi isu-isu berkaitan cukai yang dilaksanakan secara tergesa-gesa ini.

Oleh itu, tegas Nuridah, kerajaan diingatkan agar berwaspada dengan ancaman Allah SWT seperti yang termaktub dalam surah Asy- Syura, ayat 30 yang bermaksud: “Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu (kesusahan atau bala bencana), maka ia disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatanperbuatan yang salah dan berdosa) dan dalam pada itu Allah SWT memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.”

“Adakah belum cukup peringatan Allah SWT melalui musibah dan tragedi sedih melanda negara kita untuk kita semua kembali kepada urus tadbir cara hidup Islam yang turut memberi kesejahteraan kepada masyarakat bukan Muslim di negara kita ini?” soal beliau lagi.

Dalam pada itu, Nuridah berkata sesungguhnya pemberian BR1M yang diberikan kepada rakyat akhirnya terpaksa dipulangkan kepada kerajaan semula.

“Maka benarlah dari BR1M ia datang, kepada GST ia dikembalikan,” kata beliau.

1 ulasan:

UMNO PARTI PENJARA berkata...

....



----------------------------------------------------------------
BN CEMAS - DAP Akan Menang Besar Di Sarawak & U-Turn!
----------------------------------------------------------------

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<




------------------------------------------------------------------------
Rakyat RAYU Agar Anwar Dibebaskn & Pembunuh Antartuya DiTANGKAP Segera!!
------------------------------------------------------------------------
Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<




----------------------------------------------------------------
Macai BN BODOH - Tak Ikhlas Terima HUDUD Tp Persoal Cina Tolak
----------------------------------------------------------------

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<




-----------------------------------------------------------------------
Selamatkan Malaysia - Perpaduan Hanya Akan Wujud Selepas BN Dikuburkan!
-----------------------------------------------------------------------
** UMNO menyalak untuk perpaduan rakyat di Malaysia sejak dulu lagi.. Mereka bakal menyalak lagi penghujung tahun ini!!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<