MALAYSIAKINI
Pengumuman Putrajaya bahawa pengguna tidak perlu membayar caj
perkhidmatan di restoran dan hotel, menyebabkan francais popular
dihujani pertanyaan di media sosial.
Ia ekoran arahan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Agung Alias Ahmad pada hari Isnin
bahawa perniagaan itu tidak boleh mengutip caj perkhidmatan jika ia
tidak mempunyai perjanjian bersama dengan kakitangannya..
Bagaimanapun, beberapa francais utama telah mengumumkan bahawa mereka
masih mengekalkan caj perkhidmatan 10 peratus, dengan antaranya memberi
alasan kurang maklumat dari kerajaan berhubung arahan tersebut, manakala
yang lainnya menegaskan mereka mempunyai perjanjian bersama, dan dengan
itu, boleh mengutip caj tersebut.
Contohnya,
Sushi King dalam satu kenyataan di Facebook semalam berkata ia sedang
mengkaji perkara itu dan buat masa ini, akan kekal dengan dasar lama
itu.
Kekaburan berhubung arahan itu nampaknya ekoran reaksi kerajaan yang
berdepan dengan tekanan berikutan pelaksanaannya cukai barangan dan
perkhidmatan (GST).
Pengumuman tiba-tiba Putrajaya itu sebaliknya menyebabkan perniagaan
tersebut menjadi tumpuan perhatian apabila ia bertegaskan bahawa caj
perkhidmatan 10 peratus tidak ada sebarang kaitan dengan kerajaan.
Satu lagi francais, Sushi Zanmai, mengulangi apa yang telah ditegaskan
oleh Sushi King dalam laman Facebook semalam bahawa semua harga makanan
dan minuman di Sushi Zanmai adalah tertakluk kepada caj perkhidmatan 10
peratus.
Ini mengundang bantahan di media sosial dengan seorang pengguna yang
dikenali sebagai Henry Wong berkata: "Kerajaan kata tak perlu, semua
dalam berita" manakala JC Chan membalas: "Bagaimana jika saya tak setuju
nak bayar, anda akan ketepikannya? "
Seorang lagi lagi pengguna yang dikenali sebagai Ivan Cha berkata:
"Adakah anda mempunyai perjanjian bersama? Saya tak ada (jadi) anda
tidak boleh kutip caj perkhidmatan."
Bagaimanapun, Sushi Zanmai dalam responnya menunjukkan ia mempunyai perjanjian seumpama itu.
Malah, sebelum arahan itu dikeluarkan Isnin lalu, tempat makan popular
sudahpun dihujani dengan pertanyaan tersebut, selepas Timbalan Menteri
Kewangan Datuk Ahmad Maslan mendakwa pada hari Jumaat lepas bahawa
pengguna mempunyai hak untuk menolak membayar caj perkhidmatan.
Sebagai contoh, pengguna Facebook Lok Hon San ingin tahu, di laman
Facebook Nando, sama ada bayaran caj perkhidmatan itu satu pilihan.
Bagaimanapun,
Nando menjawab ia mempunyai perjanjian bersama dengan pekerjanya dan
menyatakan bahawa semua caj perkhidmatan yang dikenakan di semua
cawangannya akan kembali kepada kakitangannya.
Menurutnya lagi, pelanggan boleh menolak untuk membayar caj perkhidmatan
10 peratus itu sekiranya perkhidmatan yang disediakan adalah tidak
memuaskan tetapi itu pun selepas siasatan dijalankan.
Old Town White Coffee juga terpaksa mempertahankan caj perkhidmatan yang dikenakan berikutan kenyataan Ahmad itu.
Menulis di laman rasmi Faceboooknya, syarikat itu menjelaskan bahawa caj
perkhidmatan bukan semata-mata untuk gaji dan usaha perkhidmatan
kakitangan, tetapi ia juga meliputi pelbagai aspek seperti kemudahan
yang disediakan di setiap cawangan.
Tambahnya, cukai 6 peratus GST juga dikenakan di samping caj
perkhidmatan 10 peratus kerana kerajaan juga mengenakan cukai ke atas
perkhidmatan yang diberikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan