Berita Cuepacs : Kenaikan
Gaji Naik kakitangan 35% dan Gaji Minimum RM1,200. 400,000 Masih Lagi
: Berita terkini yang Berita Semasa terima, Cuepacs masih menaruh
harapan yangt inggi mahukan kalangan penjawat awam di Malaysia
terutamanya kalangan 400,000 yang masih menerima gaji di bawah RM805
sebulan dibela.
Kelompok 400,000 kakitangan awam ini
adalah kalangan yang merupakan menerima pembayaran gaji kurang daripada
RM900 sebulan ini adalah apembantu am dan juga pemandu yang bekerja di
sektor awam melalui keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dahulu
yang mana anda boleh semak butiran di koleksi yang Berita Semasa
kongsikan di bahagian atas.
Cuepacs memandangan isu kebajikan
dikalangan 400,000 kakitangan kerajaan ini adalah sesuatu yang serius
memandangkan gaji sekitar RM800++ sebulan adalah tidak munasabah di era
hari ini di kala lonjakan kos harga barang dek kerana GST, kos kesihatan
meningkat, harga rumah meningkat, kos pendidikan juga meningkat dan
lain-lain tetapi malangnya gaji penjawat awam masih di takuk lama.
Tuntutan Cuepacs : Kenaikan Gaji Kakitangan Awam dan Gaji Minimum!
Oleh itu, tuntutan Cuepacs dilihat jelas
mahukan kerajaan memebrikan tawaran kenaikan gaji naik bagi kakitangan
awam sebanyak 35% sekaligus gaji kelompok pelaksana di peringkat bawah
melepasi gaji minimum yang mereka tetapkan iaitu RM1,200 sebulan.
Setuju? Apa kata anda pula mengenai tuntutan Cuepacs kali ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan