Khamis, 16 April 2015

Bekas menteri Sarawak dinamakan dalam laporan rasuah balak

;OLEH ELIZABETH ZACHARIAH DAN DESMOND DAVIDSON


Seorang bekas menteri Sarawak dikatakan terlibat dalam pemusnahan hutan semula jadi Sarawak bagi dijadikan ladang kelapa sawit, menurut laporan Agensi Penyiasatan Alam Sekitar (EIA). – Gambar EIA, 16 April, 2015.Seorang bekas menteri Sarawak dikatakan terlibat dalam pemusnahan hutan semula jadi Sarawak bagi dijadikan ladang kelapa sawit, menurut laporan Agensi Penyiasatan Alam Sekitar (EIA). – Gambar EIA.



“Rasuah hutan” di Sarawak dikaitkan dengan pelan pembesaran syarikat dikatakan terlibat “membersihkan” sejumlah besar hutan hujan di Peru, menurut Agensi Penyiasatan Alam Sekitar (EIA) yang menamakan bekas menteri Sarawak Tan Sri Leonard Linggi sebagai tokoh utama dalam struktur rumit pemilikan korporat tersebut.

Pemilikan dan pelaburan yang “membersihkan” sebahagian besar hutan semula jadi Sarawak untuk dijadikan ladang kelapa sawit dikatakan memberi dana kepada Dennis Melka, ketua pegawai eksekutif syarikat United Cacao yang disenaraikan di Bursa Saham London (LSE), mengumpulkan tanah hutan di Peru dan membersihkannya untuk perladangan, kata EIA.

Dalam laporan siasatannya baru-baru ini, "Deforestation by Definition", EIA berpengkalan di London mengaitkan Linggi kepada Melka, mendedahkan kedua-duanya sebagai pengarah Asian Plantations Limited (APL), disenaraikan dalam Alternative Investments Market (AIM) LSE yang dijual kepada Felda Global Ventures pada 2014.


Katanya, Melka membuat keutungan melalui APL di Sarawak dan dibantu melalui hubungan politik termasuk Linggi. Menurut laporan itu, bekas ahli Parlimen Kapit itu masih mempunyai kepentingan dalam APL melalui anak syarikat lain.

Laporan yang menumpukan empayar perniagaan Melka dan sasarannya bertujuan menyedarkan kerajaan dan bakal pelabur di Peru mengenai jejak wang dan pautan dengan rasuah hutan di Sarawak.

EIA menamakan Linggi selepas siasatan badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar seperti Global Witness dan Bruno Manser Fund yang cuba mendedahkan rasuah balak di Sarawak.

“Kejayaan APL dan keuntungan bermula dengan pemberian tanah hutan berharga oleh kerajaan negeri Sarawak, di bawah pimpinan (bekas) ketua menteri kepada sekutu politik dan ahli keluarga lebih rendah daripada harga pasaran.

“Pemberian tanah hutan kerajaan negeri untuk pertanian di bawah harga pasaran sama seperti mencuri sumber bersama rakyat Malaysia,” kata laporan EIA, NGO antarabangsa ditubuhkan 26 tahun lalu untuk melawan dan membongkar jenayah alam sekitar.

Dalam laman sesawangnya, EIA berkata ia didanai derma awam dan pelbagai geran.

“Mencuri tanah hutan awam bukan perkara baharu di Sawarak. Ahli akademik sudah mengambil perhatian, sejak tahun 1970-an, Leonard Linggi, pengerusi APL, ahli keluarganya terdekat, dan pemimpin-pemimpin politik lain memperolehi konsesi pembalakan sebagai balasan bantuan politik kepada pemimpin-pemimpin yang memerintah Sarawak - dan seterusnya mendapat keuntungan daripada konsesi ini secara besar-besaran."

Linggi yang kini berumur 70-an, merupakan bekas setiausaha politik parti pemerintah Sarawak Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Anaknya, Datuk Alexander Nanta Linggi sekarang ini merupakan ahli Parlimen Kapit dan timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Linggi diterangkan dalam laporan EIA sebagai seorang yang secara "strategik" meletakkan dirinya dalam struktur politik bekas ketua menteri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dalam PBB.

"Sejak tahun 1970-an, kesetiaan kepada parti politik memerintah Sarawak diberikan ganjaran yang sangat besar dengan balak dan tanah konsesi di seluruh negeri ini," kata EIA.

"Leonard Linggi, anak seorang pemimpin tradisional kaum Iban, menerima pemberian itu, dan secara strategik menaikkan dirinya dalam struktur kuasa politik yang dipimpin Taib Mahmud."

The Malaysian Insider tidak dapat menghubungi Leonard Linggi dan cuba untuk menghubungi anaknya Alexander Nanta untuk memberi komen terhadap dakwaan EIA yang ayahnya mendapat manfaat daripada hubungan politik dengan Taib.

Alexander menjawab “tiada komen” dan berkata tidak mungkin ayahnya yang sudah bersara politik lebih 20 tahun akan memberikan respon.

Taib dituduh memperolehi berbilion ringgit hasil pembalakan haram dan rasuah semasa menjadi ketua menteri. Taib meletak jawatan pada Februari tahun lepas selepas 33 tahun berkuasa, sebelum dilantik menjadi Yang di-Pertua.

Bruno Manser Funds (BMF) yang berpengkalan di Switzerland sebelum ini menganggrkan kekayaan Taib berjumlah AS$15 bilion dan mendakwa 20 daripada ahli keluarganya mempunyai kekayaan bersama berjumlah AS$21 bilion.

Siasatan NGO antarabangsa Global Witness juga mengaitkan Taib dengan rasuah, rampasan tanah dan pengelakan cukai.

Menurut EIA, Linggi, seorang bekas menteri Sarawak, dianugerahkan tiga konsesi balak secara besar-besaran melalui syarikatnya - Rajang Wood, Keresa Timber dan Raplex - di mana beliau merupakan pengarah dan pemegang saham.

"Melalui anak syarikat milik penuhnya, Keresa Plantations Sdn Bhd, Rajang Wood - memiliki pegangan kira-kira 30% dalam APL – mempunyai nilai pasaran sebanyak RM129,620,031 (AS$38,700,000,467) pada 31 Disember, 2013.

"Pada masa APL dijual lewat 2014, pengarahnya mengisytiharkan bahawa pemegang saham awal, termasuk Rajang Wood, melalui Keresa Plantations, membuat pulangan 300% ke atas pelaburan selepas hanya 5 tahun terlibat perdagangan awam.

"Dengan cara ini, penyenaraian awam APL di AIM meningkat nilainya, dan penjualan akhir, pada dasarnya, mengumpul dana untuk syarikat-syarikat balak dikaitkan dengan rasuah hutan di Sarawak," kata laporan itu.

Walaupun laporan itu menyatakan kenyataan umum mengenai penglibatan APL di Peru adalah terhad, ia bagaimanapun dinamakan beberapa kali setakat ini, termasuk oleh Melka.

"Sebuah penerbitan berita perniagaan, Agrimoney.com, menyatakan dalam artikel pada Julai 2010, Asia Plantations memiliki sebuah anak syarikat di Peru," kata laporan EIA.

Ia juga menyatakan terdapat tanda-tanda lain mengenai penglibatan APL di Peru melalui artikel berita pada Ogos 2011 tentang pelabur merancang menggunakan wang dibuat dalam APL untuk ladang pertanian baharu di Peru, Ecuador dan Colombia.

"Pada akhir 2014, Melka muncul di segmen berita pelaburan mempromosikan pelancaran United Cacao Limited369 di AIM. Dalam penampilan itu Melka menyatakan pengurusan yang baharu ditubuhkan United Cacao Ltd. termasuk kumpulan pengurusan sama seperti APL, termasuk dirinya dan beberapa yang lain," kata laporan itu.

Tiada ulasan: