MAALAYSIAKINI
Beberapa pemimpin Umno bahagian terus mencabar ahli perniagaan Low Taek
Jho kembali ke tanah air untuk menjelaskan kepada Jawatankuasa Kira-kira
Wang Negara (PAC) berhubung isu yang berkaitan firma pelaburan negara
1MDB.
Ketua Umno Tanjung Malim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata
menegaskan tidak adil jika Low, yang lebih dikenali Jho Low, memberi
kenyataan dalam media antarabangsa melibatkan isu berkaitan kepentingan
negara.
"Kami
desak Jho Low supaya segera pulang ke Malaysia, beri penjelasan kepada
PAC mengenai isu 1MDB, kita mahu lihat sama ada beliau terlibat atau
tidak.
"Kalau benar ingin ‘bantu’, pulang ke tanah air dan beri penerangan," kata pemimpin Umno itu seperti dilapor Utusan Online.
Dalam laporan yang sama, Ketua Umno Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman
Said turut mendesak ahli perniagaan itu bertanggungjawab dan bersikap
'gentlemen' susulan kenyataannya yang menuduh Umno terlibat dengan
permasalahan 1MDB.
"Selaku rakyat Malaysia, kita mahu Jho Low bersikap gentleman (jantan).
Jangan di luar negara berani ‘melalak-lalak’ dengan pelbagai tuduhan
liar terhadap Umno terlibat dengan permasalahan 1MDB.
"Jadi, sekarang kita mahu Jho Low bertanggungjawab sepenuhnya, berani buat, berani tanggung,” katanya dipetik.
'Tak selesai isu 1MDB'
Dalam wawancaranya dengan majalah perniagaan Euromoney, Jho Low
mendakwa sesetengah pihak dalam Umno memainkan unsur perkauman untuk
memberi gambaran “budak Cina curi wang dan joli arak”.
Dalam
temubual itu juga, beliau menyebut bahawa “orang-orang Umno pakar putar
belit” yang mengundang kritikan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin
yang mendesak pihak berkuasa menyiasat ahli perniagaan itu.
Sementara itu, Utusan Online juga melaporkan Ketua Umno Rasah
Datuk Hasim Rusdi berkata Jho Low berada dalam keadaan terdesak hingga
sanggup menuduh ahli parti itu sebagai "kaki putar belit".
Menurutnya, kenyataan mengelirukan itu dibuat demi meredakan isu yang sedang melanda syarikat pelaburan negara itu.
"Tetapi perbuatannya itu, tidak menyelesaikan masalah sebaliknya telah menambah suasana kurang senang dalam isu 1MDB.
"Jika percaya bahawa dia di pihak yang benar, mengapa tidak beritahu
pada pihak yang sedang melakukan siasatan terhadap 1MDB seperti Ketua
Audit Negara," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan