Di sebalik tiga tragedi penerbangan tahun lepas, aliran pelancong dari Amerika Syarikat ke Malaysia pada 2014 terus stabil.
Naib Presiden Tourism Malaysia pejabat Los Angeles Azlina Azni Zainal Abidin berkata jumlah keseluruhan ketibaan dari Amerika ke Malaysia pada tahun lepas adalah 262,000 orang.
"Di sebalik tiga tragedi ini, kami mencapai sasaran kami. Semestinyalah, tanpa tragedi ini, kami boleh mencapai jumlah ketibaan dari Amerika yang lebih tinggi," katanya kepada Bernama semasa kunjungannya di New York untuk menghadiri mesyuarat.
Beliau berkata sungguhpun ketiga-tiga tragedi itu adalah dahsyat, namun pihaknya dimaklumkan oleh industri kembara di Amerika bahawa imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan menarik seharusnya tidak terjejas.
"Kalangan yang berkunjung ke Malaysia menjadi jurucakap bagi negara itu. Pelancong memberitahu saya aset terbaik Malaysia adalah rakyatnya yang sangat mesra, ramah tamah dan sedia membantu. Sebagai sebuah destinasi, banyak yang Malaysia boleh tawarkan. Kami akan terus mempromosi Malaysia," katanya.
Naib Presiden Tourism Malaysia mempunyai bidang kuasa merangkumi Amerika Latin, Brazil, Mexico, Venezuela dan beberapa negara lain selain pantai barat Amerika.
Azlina Azni menegaskan aliran pelancong dari Amerika ke Malaysia kebanyakannya datang dari pantai barat disebabkan 'kedudukannya yang dekat dengan Asia' dan kekerapan penerbangan yang disediakan syarikat penerbangan ke Malaysia menerusi hab negara mereka seperti Cathay Pacific, Singapore Airlines, All-Nippon Airways, EVA Airways.
Malaysia Airlines tidak mengadakan penerbangan ke Amerika Utara, dan menghentikan perkhidmatan ke dua destinasi di Amerika iaitu Los Angeles dan Newark-New York, beberapa tahun lepas.
"Kebanyakan aliran pelancong dari Amerika ke Malaysia datang dari pantai barat. Kami juga bekerjasama dengan pejabat pelancongan di negara Asia yang lain," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan