SHAH ALAM: Penyanyi cilik Indonesia yang mencipta nama di Malaysia,
Tegar Septian atau Tegar, dilaporkan kini menderita kesusahan semula di
kampungnya, dengan ibunya kembali menjadi pengemis jalanan selepas
penyanyi itu menjadi mangsa penipuan.
Memetik laporan Berita Harian, sumber yang juga bekas pegawai
perhubungan awam syarikat rakaman naungan Tegar berkata, penyanyi yang
popular menerusi lagu 'Aku yang dulu bukanlah yang sekarang' itu kini
hilang sumber pendapatan.
Dikatakan Tegar menjadi mangsa penipuan pengurus barunya yang dikenali
sebagai 'A', yang mana penyannyi berusia 13 tahun itu juga pernah
menjadi penipuan pengurus lamanya.
"Saya simpati dengan Tegar. Dia kini berada di kampung kerana tidak bekerja lagi. Pasport Tegar juga dilarikan A.
"Tegar terpaksa menolak tawaran membuat persembahan di Malaysia kerana tiada pasport," ujar sumber berkenaan.
Sumber itu juga memberitahu A seorang warga Singapura , dan kini dipercayai berada di Kuala Lumpur.
"Tegar pernah memberitahu ibunya bahawa dia tiada wang kerana A membelanjakannya sesuka hati," katanya.
Dalam pada itu, bekas pengurus Tegar yang dikenali sebagai Arif Dollah
menafikan dirinya melarikan pasport dan gitar kesayangan penyanyi cilik
itu.
"Jika saya melarikan pasportnya, kenapa tidak membuat laporan polis?
Biar pihak berkuasa melakukan siasatan dan saya bersedia memberikan
kerjasama. Saya hairan kenapa sekarang isu ini ditimbulkan sedangkan
saya dan Tegar berpisah pada 25 Januari lalu.
"saya menyerahkan Tegar kepada ibu dan bapa tirinya selepas selesai
Anugerah Dahsyat di Jakarta. ibu dan bapa tiri Tegar mahu membawa pulang
anak mereka ke kampung di Jakarta. Sepatutnya kami bertemu selepas dua
hari tetapi Tegar tidak muncul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan