Isnin, 16 Februari 2015

Tanam padi 5 kali 2 tahun lonjak pendapatan pesawah

Oleh: NAEEM RAFFI


TANJUNG KARANG: Pelaksanaan tanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun mampu menampung permintaan tinggi pasaran dan meningkatkan pendapatan pesawah.

Exco Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata kajian dan percubaan ke arah itu masih diteruskan dengan kerjasama Jabatan Barat Laut Selangor.

YB Zaidy serah bantuan bekalan hasil padi Sg. Burong (7)

“Jabatan Pertanian Selangor telah melaksanakan program ini tetapi terdapat beberapa halangan terutamanya berkaitan bekalan air,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bantuan Baja Mikrob Biodcomposer di Parit Tiga, Kampung Sungai Burong, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Selangor, Mohd Abidin Ariffin dan Pegawai Pertanian Daerah Sabah Bernam, Mohamad Izwan Hasan.

“Setakat ini, sudah ada segelintir pesawah menjalankan penanaman padi tiga kali setahun.

“Kajian masih dijalankan berhubung kesuburan tanah, bekalan air dan beberapa elemen lain sebelum ia dilaksanakan menyeluruh,” katanya.

Selangor merupakan negeri tertinggi pengeluaran hasil padi dengan purata 6.15 tan metrik semusim berbanding dengan purata negara yang hanya 4.49 tan metrik semusim.

“Seramai 9,057 pesawah Selangor puratanya ramai komited dan ada sebahagian daripada mereka berjaya capai tahap pengeluaran padi 10 metrik tan sehektar semusim,” katanya.EZY

Tiada ulasan: