Rafizi Ramli
SHAH ALAM- Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata tiada elemen
mengejut menjadi punca sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim hambar.
Rafizi berkata, berbeza dengan tahun 1998, ketika itu rakyat terkejut
dengan keputusan terhadap Anwar, sekali gus menyebabkan ribuan turun ke
jalanan memberi sokongan bekas Menteri Kewangan itu.
"Rakyat sudah tahu, tambahan pula zaman kini maklumat dihujung jari.
"Perkembangan Anwar sudah diikuti, jadi rakyat tidaklah terkejut sangat," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, namun ia bukan
bermakna sokongan terhadap Anwar berkurangan sebaliknya rakyat akan
menggunakan pentas undi untuk meluahkan sokongan mereka.
"Umno jangan seronok sangat, tengoklah PRU tahun 2008, dalam senyap-senyap rakyat menghukum BN.
"Zaman kini mungkin rakyat tidak guna pentas jalanan sebaliknya guna pentas undi," katanya.
Semalam satu perhimpunan menyokong Anwar oleh kumpulan yang menamakan
diri #KITALAWAN di hadapan kompleks beli belah Sogo, dilihat kurang
mendapat sambutan.
Perhimpunan bermula tepat jam 4.30 petang itu dibuat sebagai sebahagian
daripada kempen March to Freedom anjuran ahli keluarga Anwar bagi
membebaskannya daripada hukuman penjara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan