MALAYSIAKINI
Hampir 30 banduan berjaya melarikan diri apabila tiga pengawal
penjara di Brazil meninggalkan tugas mereka gara-gara terpedaya dengan
habuan seks.
Tiga wanita berjanji mengadakan hubungan seks liar dengan dua pengawal
dan penyelia mereka sebelum memasukkan ubat khayal dalam minuman, lapor
portal The Independent hari ini.
Ketiga-tiga pengawal penjara Nova Mutum, di barat negara itu,
kemudiannya ditemui dalam keadaan bogel dengan tangan bergari di
kuarters mereka Khamis lalu.
Empat botol arak dan sebuah beg mengandungi "pakaian seragam polis" wanita juga ditemui bersebelahan mereka.
Rakaman TV pada Jumaat menunjukkan sekurang-kurangnya lapan daripada banduan itu berjaya ditangkap dan dipulangkan ke penjara.
Sementara imej pengawal yang bertelanjang dan khayal itu - diambil oleh
kumpulan polis yang tiba awal di situ - beredar meluas di media sosial,
lapor portal itu lagi.
Menurut siasatan polis, kumpulan wanita itu tiba di tempat kejadian pada
jam 3 pagi dan minta masuk untuk "minum-minum dan bersembang".
Seorang daripada wanita itu rakan banduan 18 tahun yang didapati bersalah merompak, memiliki senjata dan cubaan membunuh.
Pengawal penjara itu, yang "tidak ingat apa-apa" selepas mengambil
minuman memabukkan, dilaporkan akan didakwa atas kesalahan "bersubahat"
melepaskan banduan dan melarikan senjata api.
Kumpulan 28 banduan itu mencuri lima pucuk senjata mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan