Ahad, 8 Februari 2015

Pas Kuantan dedah 'dalang' jatuhkan Hadi


Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim (dua, kanan) menyerahkan memorandum bantahan dan bukti sabotaj yang didakwa cubaan untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada wakil Pejabat Agung Pas, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim (dua, kanan) menyerahkan memorandum bantahan dan bukti sabotaj yang didakwa cubaan untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada wakil Pejabat Agung Pas, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN
 
 
KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim mendedahkan usaha beberapa pihak dalam Pas sendiri untuk menguasai Pas Pusat dan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau turut menamakan beberapa pemimpin tertinggi Pas Pusat yang didakwa mendalangi perbuatan itu.
"Mereka menubuhkan Pasma serta menyusun strategi untuk memecahbelahkan kesatuan di kalangan ahli Pas dan melakukan 'grand design' untuk menjatuhkan presiden dan kepimpinan ulama.

"Mensabotaj setiap keputusan yang dibuat oleh presiden Pas dan Majlis Syura Ulama Pas yang dilihat tidak selari dengan kehendak pihak-pihak tertentu dalam PR," katanya kepada pemberita di hadapan pekarangan Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

2 ulasan:

Unknown berkata...

kemugkinan mereka2 ni telah mendapati TGHHA telah tidak konsisten dalam menerajui PAS.dia telah dikatakan telah berkali2 tidak mengendahkan permintaan dan seruan drp rakan2 PR sendiri.

Unknown berkata...

Tidak kosisten dlm percakapan dan perbuatan serta keputusan sebenarnya akan membinasakan diri,peribadi dan organisasi yg dia bawa.secara am akan merosakan reputasi dia sebagai ulama serta kepimpinan PAS.maaf.