MALAYSIAKINI
Sirul Azhar Umar harus mendedahkan apa yang diketahuinya terlebih dahulu sebelum siasatan dapat dibuat, kata bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan.
“Polis tidak dapat menyiasatnya jika dia hanya
ancam mahu lakukan perkara itu. Nampaknya seperti beliau hanya hendak
cakap, tetapi tidak cakap,” katanya kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun,
Musa berkata Sirul harus mendedahkan dia bertindak atas arahan siapa
dan siapa yang didakwanya mempunyai motif untuk membunuh Altantuya
Shaariibuu.
Katanya jika bekas polis itu mendedahkan nama pihak itu, siasatan harus dimulakan.
“Jika terdapat bukti baru, polis mesti menyiasat. Mungkin beliau patut balik (dari Australia) dan bantu polis,” katanya.
Musa
berkata beliau setuju dengan ketua polis negara sekarang Tan Sri Khalid
Abu Bakar bahawa polis memerlukan alasan cukup untuk memulakan
siasatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan