PETALING JAYA: Jika peniaga meletakkan harga terlalu tinggi, malukan
mereka di laman sosial, cadang Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin
Abu Bakar.
Katanya itu cara terbaik bagi memberikan pengajaran kepada peniaga terbabit, menggunakan kuasa pengguna.
“Libatkan diri dengan kumpulan pengguna dan aktivis. Nama dan malukan
peniaga yang mengenakan harga yang terlalu tinggi pada media sosial,”
ujarnya di laman Facebooknya.
Khairy berkata, mesej yang penting dalam isu seperti ini ialah kuasa pengguna dan pengguna seharusnya menggunakan kuasa mereka.
Media sosial akui banyak pihak memainkan peranan penting untuk menaikkan atau menjatuhkan mana-mana individu.
Ujar Khairy lagi, dalam keadaan harga minyak telah turun, pengguna
seharusnya memainkan peranan dan menekan peniaga untuk menurunkan harga
barang.
“Kalau ada kedai yang jual barang pada harga yang tidak berpatutan,
pulau sahaja. Kalau terlalu tinggi, lapor kepada KPDNKK (Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan mereka boleh
menguatkuasakan Akta Pencatutan.
“Pada masa yang sama, mungkin TNB juga perlu pertimbangkan untuk
menurunkan tarif elektrik. Sebab hari itu mereka minta Jemaah Menteri
naikkan tarif sebab input kos bahan bakar naik. Sekarang dah turun,”
katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan