shahbudindotcom
Ketua
Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika mengumumkan demikian berkata,
penting untuk UMNO mengenengahkan kes liwat itu kepada orang awam kerana
selama ini ia sering dikaitkan dengan konspirasi politik.
Untuk itu, katanya, program penerangan seterusnya yang melibatkan Shafee akan diadakan di Pulau Pinang pula selepas ini.
Dua
hari lalu blog ini telah melahirkan rasa pelik, ganjil dan luar biasa
dengan tindakan Shafee yang terus bercakap dengan banyak media dan sedia
menghadiri dialog anjuran AKHI untuk bercakap berkaitan kes liwat itu
sedangkan Anwar sudah pun dijatuhkan hukuman dan kini sedang berada di
penjara.
Sebagai
pihak yang telah memenangi kes, beliau sepatutnya lebih bergembira dan
meraikan kemenangan itu, bukannya tidak habis-habis cuba meyakinkan
rakyat dengan perjalanan kes dan hukuman yang telah dijatuhkan.
Seterusnya
blog ini juga menyebut, "dengan bersetuju hadir di sebuah program
anjuran AKHI yang dinaungi oleh sebuah entiti politik, tidak mustahil
jika selepas ini Shafee juga akan turut bersetuju hadir dalam banyak
program anjuran UMNO cawangan dan bahagian di seluruh negara untuk
bercakap dan mewajarkan hukuman yang telah dijatuhkan keatas Anwar."
Nah,
kini semuanya terbukti benar. Hukuman penjara keatas Anwar benar-benar
akan dijadikan modal politik untuk kepentingan UMNO dan BN. Tidak cukup
dengan kejayaan memenjarakannya, selepas ini Ketua Pembangkang itu akan
terus dilanyak semahu-mahunya oleh KJ dan Shafee melalui program ke
seluruh negara yang akan dirancang.
Barangkali
ini akan menjadi kes paling pelik dalam dunia di mana setelah tertuduh
dijatuhkan hukuman dan menghuni penjara, pihak yang menang kes tidak
henti-henti menjelajah ke seluruh negara untuk terus meyakinkan rakyat
mengenai hukuman yang telah dijatuhkan itu.
Rupa-rupanya
memenjarakan Anwar masih belum mencukupi bagi UMNO. Bukan saja profesor
undang-undang di universiti turut pening kepala dengan gelagat pendakwa
ini, bahkan (meminjam kata-kata penulis buku terkenal, Yahaya Ismail) -
tentulah beruk, kera, monyet dan lotong di hutan pun turut kehairanan
dengannya.
Ini
kerana, dalam program jelajah itu di mana Anwar yang diserang dan
dilanyak itu tidak mampu lagi melawan atau menyerang balas kerana sudah
pun berada di dalam penjara.
Dalam
adat berkelahi, kalau musuh sudah tidak mampu melawan lagi, adalah
memalukan jika kita terus memukulnya. Hanya "gangster pondan" saja
sanggup memukul musuh yang dalam keadaan tangan atau kakinya sedang
terikat.
Lalu,
apakah yang UMNO mahu sebenarnya? Anwar bebas pun diserang, setelah
dipenjara juga diserang. Ketika bebas tidak mampu dibunuh pengaruhnya,
selepas di penjara juga tetap ditakuti.
Betul-betul lawak dol...
Di
sisi lain, ada pula yang berandaian bahawa Pemuda UMNO mengadakan
program jelajah ke seluruh negara ini adalah bertujuan untuk
menghidupkan terus nama Anwar dalam hati rakyat dan sekaligus
menambahkan lagi simpati terhadap Ketua Pembangkang itu.
KJ
dan Pemuda UMNO, kata mereka, bukan tidak tahu bahawa selama ini
bekas-bekas pemimpin PKR yang pernah bersama dengan perjuangan Anwar
juga telah gagal meyakinkan rakyat dengan isu-isu peribadi, moral dan
liwat Ketua Umum PKR itu kerana rakyat sebenarnya telah muak dengan
hal-hal sedemikian.
Nallakaruppan,
Umi Hafilda, Zulkifli Noordin dan NGO Tibai adalah antara nama-nama
yang selama ini hidup bermodalkan isu peribadi dan moral berkaitan
Anwar terapi di manakah mereka sekarang?
Apakah kejayaan mereka? Adakah Anwar, PKR dan PR makin lumpuh atau bertambah kukuh dek serangan mereka?
Lalu,
apa muslihatnya KJ dan Pemuda UMNO meniru pendekatan yang gagal itu,
bahkan cuba membawa Shafee pula dalam apa yang dilakukannya itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan