Isnin, 2 Februari 2015

Ketua Pengarang Malaysiakini akan mengadap Ketua Polis Negara

 
Laporkan yang fakta, kalau ada pegawai polis, beritahu siapa dia.


khalid abu bakar


PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada portal propembangkang, Malaysiakini supaya tidak melaga-lagakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya ingin memanggil Chief Editor Malaysiakini kerana perbuatannya yang cuba melaga-lagakan PDRM dengan Menteri,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Putrajaya.

Ujar beliau, pihaknya tidak akan terus membiarkan portal Malaysiakini membawa berita yang tidak tepat terutamanya dalam isu surat yang dikirim Menteri Dalam Negeri kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

“Jangan nak melaga-lagakan PDRM dengan Menteri dan sesiapa sahaja. Laporkan yang fakta, kalau ada pegawai polis, beritahu siapa dia,” tegasnya.

Sehubungan itu Ketua Polis Negara turut meminta portal-portal lain agar berhati-hati membuat laporan dan menambah, “Saya tidak akan benarkan pihak yang cuba melaga-lagakan PDRM dengan pihak kementerian saya.”

Terdahulu, Malaysiakini mendakwa raja judi Paul Phua Wei Seng pernah ditahan di Miri, Sarawak pada 2004 semasa kejohanan Piala Euro.

Sumber Malaysiakini mendakwa mengetahui Phua ditahan dan disabitkan dengan kesalahan terlibat dalam perjudian haram dan dikenakan hukuman denda.

Selepas membayar denda, Phua dipercayai meninggalkan negara ini dan kemudian dilarang memasuki Malaysia ketika Piala Dunia 2008.

Tiada ulasan: