OLEH MELATI A JALIL DAN LOW HAN SHAUN
Seorang ahli Parlimen
pembangkang hari ini bertanya Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob sekiranya rakyat Malaysia harus juga memboikot
Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang didapati menjual sesetengah barangan
pada harga lebih mahal dari pasaraya.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata semakan harga yang
dijalankan baru-baru ini di KR1M dan pasar raya besar Tesco menunjukkan
perbezaan ketara antara kedua-duanya, yang mana dikatakan menawarkan
harga rendah.
“Berdasarkan kepada logik Ismail, adakah dia juga mahu menggalakkan
rakyat Malaysia memboikot KR1M,” soal Lim selepas mengadakan sidang
akhar di luar salah satu outlet KR1M di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur,
hari ini.
KR1M ialah rangkaian kedai runcit milik kerajaan, menjual barangan harian pada harga rendah.
Outlet pertama di stesen LRT Kelana Jaya dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2011.
Banyak aduan diterima berkenaan harganya yang dikatakan lebih tinggi berbanding barangan dijual di pasar raya besar.
“Saya baru saja tunjukkan anda bukti. Ini adalah barang yang lebih
mahal, dari kurang 1% kepada lebih 10% jika dibandingkan dengan yang
dijual di pasar raya besar,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan