Ahad, 1 Februari 2015

Harga minyak turun, barang juga perlu turun

 
Ada pemborong yang menggunakan alasan seperti faktor cuaca dan kekurangan bekalan. 


Mohamad Yusoff Abdul Rahman


KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa pemborong dan peniaga menurunkan harga barangan berikutan pengumuman harga baharu minyak malam ini.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohamad Yusoff Abdul Rahman berkata, keengganan pemborong dan pembekal menurunkan harga barangan akan memberi implikasi terhadap harga jualan peruncit serta menyukarkan pengguna.

Katanya, kerajaan perlu mengadakan perbincangan dengan pembekal dan pemborong supaya penurunan harga dapat dibuat memandangkan kos operasi yang semakin murah.

“Tetapi, ada pemborong yang menggunakan alasan seperti faktor cuaca dan kekurangan bekalan apabila isu penurunan harga barangan timbul selepas harga minyak turun.

“Kerajaan perlu mengadakan perbincangan dengan semua pembekal dan pemborong untuk mengatasi masalah tersebut sekali gus dapat menurunkan harga barangan mentah,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian berikutan pengumuman harga baharu bagi petrol RON95 dan RON97 serta diesel yang berkuatkuasa hari ini.

Tiada ulasan: