SHAH ALAM: Kegagalan kumpulan Virus untuk mara ke peringkat akhir
Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) menyebabkan segelintir peminat
kumpulan tersebut menuding jari kepada salah seorang juri, Nur Fazura
Sharifudin.
Nur Fazura dikatakan menjadi penyebab kumpulan yang dianggotai Yus, Zizan dan Tauke itu tersingkir dalam saingan Jumaat lalu.
Ini kerana Fazura sebelum ini pernah menegur salah seorang anggota
kumpulan itu, Zizan, yang disifatkannya berlagak kerana menyampuk
sewaktu beliau memberi komen.
Salah seorang peminat kumpulan itu 'menyerang' Nur Fazura di laman
Instagram dengan mengatakan teguran Fazura terhadap Zizan menjadi faktor
kumpulan iu tersingkir, selain mengatakan pelakon itu tidak sesuai
menjadi juri program realiti lawak berkenaan.
Bengang dengan komen peminat berkenaan, Fazura bertindak membalas kembali komen berkenaan dengan penuh sinis.
Dalam saingan separuh akhir MLM2014, Jumaat lalu, lima peserta yang
mara ke peringkat akhir pada 6 Februari ini ialah Nabil, Bocey, Zero,
Sepahtu dan Shiro.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan