MALAYSIAKINI
Polis patut membuka semula siasatan ke atas pembunuhan ngeri Altantuya
Shaariibuu berikutan pendedahan terkini oleh Sirul Azhar Umar yang
disabit membunuh wanita Mongolia itu, kata peguam Ramkarpal Singh.
Ramkarpal,
yang juga peguam keluarga Altantuya, berkata adalah menjadi tugas polis
untuk membuka semula siasatan ekoran pendedahan Sirul itu.
Siasatan baru perlu memberi fokus kepada siapa yang mengarahkan dua
anggota polis itu membunuh Altantuya, katanya, memandangkan pendedahan
Sirul bahawa dia diarah dan orang dengan motif untuk membunuh, masih
bebas.
"Ini bukanlah pendedahan biasa yang boleh diabaikan. Rakyat ada hak
untuk tahu siapa yang mengarahkan pembunuhan itu," katanya dalam satu
kenyataan.
Sirul dan Azilah Hadri telah dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya tetapi motif pembunuhan itu tidak dinyatakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan