MALAYSIAKINI
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk
Seri Hasan Malek amat dukacita dengan kemelut antara Suria KLCC dan
penyewanya yang sudah lama beroperasi di situ, BritishIndia, dengan
berkata tindakan pihak pengurusan pusat membeli-belah ikonik terkemuka
itu seolah-olah membelakangi Kempen Beli Barangan Malaysia yang
dilaksanakan oleh kementerian.
Komen Hasan (kiri) kepada Utusan Malaysia itu dibuat selepas
BritishIndia memfailkan saman terhadap pengurusan pusat beli-belah itu,
yang mahu mengeluarkan butik itu dari premisnya ke premis lain yang
dikatakan tidak strategik.
BritishIndia memohon injunksi untuk menghalang pengurusan Suria KLCC
daripada bertindak demikian dan perintah halangan itu dijadualkan
didengar pada 24 Februari 2015.
Peruncit tempatan itu, dalam kenyataan akhbar pada hari Selasa, berkata
surat tawaran diterima pada Julai 2014 meskipun BritishIndia kekal
kompetitif membayar sewa, malah pihak pengurusan masih menerima sewa
pada bulan yang sama.
“Kami mendapat tahu bahawa lokasi premis BritishIndia sekarang ini
dicadangkan untuk disewa kepada satu jenama fesyen asing yang sudah
mempunyai lokasi sedia ada di Suria KLCC.
“Kami dibiarkan tanpa mempunyai pilihan, kami nekad mengambil tindakan
undang-undang untuk melindungi hak-hak kami dan dilayan secara adil,”
pengasasnya, Pat Liew dilaporkan berkata.
Baca berita penuh di KiniBiz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan