MALAYSIAKINI
Banjir besar sudah sebulan berlalu tetapi orang ramai masih tidur dalam khemah.
Perkara itu dibangkitkan oleh pengarah filem dokumentari Jules Ong yang
membuat penggambaran berhubung kawasan bencana di Kuala Krai, Kelantan,
yang paling teruk terjejas.
Masih
terdapat keluarga didakwa masih berkhemah di kawasan rumah mereka yang
rosak dibadai bah dan ada juga yang berkhemah di kawasan perkuburan
Kubur Dala.
“Sebulan selepas itu di Kuala Krai, rumah-rumah masih rosok.
“Gambarnya nampak sama dengan apa yang saya ambil sebulan lalu,” tulisnya di Facebook.
Bekas pemberita itu berkata banyak khemah disalurkan oleh NGO seperti
Shelterbox UK sementara Mercy Malaysia pula membina rumah pasang siap.
“Keluarga lapan anggota, termasuk enam kanak-kanak, ditanya sama ada menerima bantuan kerajaan.
“Satu tilam, dua bantal dan sekilogram beras. 'Tetapi kami terima bantuan daripada NGO dan orang biasa',” tulis Ong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan