Oleh: NATASHA JOIBI
Khalid menyuarakan kebimbangannya terhadap pihak yang berkepentingan yang mungkin mempengaruhi Sirul untuk berbohong.
"Saya fikir masyarakat boleh membuat pertimbangan mereka sendiri berhubung perkara ini. Dia senyap selama ini. Kenapa baru sekarang nak beritahu semua?
"Saya bimbang pihak tertentu yang berkepentingan dalam perkara ini cuba untuk mempengaruhinya supaya berbohong," katanya.
"Kita tidak akan ditekankan oleh pihak ini untuk memulakan siasatan baru terhadap kes ini kerana ia tidak perlu," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Ops Selamat pada Rabu.
Sirul dan bekas Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa kerana membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 dan disabitkan atas kesalahan itu oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.
Pada 23 Ogos 013, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar berikutan rayuan itu.
Pada 13 Januari tahun ini, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mensabitkan hukuman mati.
Sirul tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu.
Dia dipercayai telah pergi ke Australia dan memasuki negara itu menggunakan visa pelancong dan pasport yang sah pada tahun lalu.
Dia ditahan oleh pegawai imigresen Australia pada 20 Januari lalu selepas Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan notis merah.
Bekas koperal itu kini ditahan di Pusat Tahanan Villawood di Sydney.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan