Khairy Jamaluddin
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu
kepimpinan baharu Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang diketuai Datuk
Karim Ibrahim agar tidak akan mengulangi zaman kegelapan yang berlaku
kepada sukan itu sebelum ini.
Khairy yang menyokong pelantikan Karim sebagai presiden baharu KOM bagi penggal 2014-2016 berkata, semua pihak perlu membuka lembaran baru bagi memastikan sukan olahraga Malaysia berada di tahap yang terbaik.
"Janganlah kita ulangi zaman krisis dan zaman kegelapan olahraga di Malaysia, ini kerana, saya rasa krisis dalam KOM itu sendiri secara langsung telah menyumbang kepada kemerosotan prestasi olahraga kita.
"Jadi dengan kepimpinan baru ini, sama-sama kita berusaha membangunkan kembali sukan ini," katanya selepas melancarkan program Gimnasium kanak-kanak pertama di Asia di Citta Mall @ Jalan PJU, semalam.
Sebelum ini Karim terpalit dengan pelbagai kontroversi selepas didakwa bersubahat dalam kes enam atlet melarikan diri daripada ujian anti doping pada 2011 sehingga menyaksikan KOM menjatuhkan hukuman pergantungan selama enam tahun, namun beliau yang membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi meminta hakim mengetepikan perintah penggantungannya.
Pada pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu, Sabtu lalu, Karim menewaskan timbalan presiden Datuk Wan Hisham Wan Salleh dengan memperoleh 33 undi manakala Wan Hisham menerima lapan undi.
Begitu pun, Karim yang juga Presiden Persatuan Olahraga Perak dijangka berdepan tugas getir membawa badan induk itu selepas dilihat tidak mendapat sokongan bekas atlet dan jurulatih.
Malah ada di antara mereka membuat tindakan menghantar memorandum untuk menolak pencalonannya.
Mengulas lanjut, Khairy berharap agar atlet mahupun jurulatih perlu menerima keputusan itu dengan terbuka memandangkan ini adalah proses demokrasi.
Bagaimanapun katanya, jika ada yang melanggar peraturan serta etika, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya.
"Saya faham ada jurulatih dan atlet mempunyai pandangan masing-masing berkenaan calon bertanding, tapi mereka juga harus terima kerana ini adalah proses demokrasi dan selagi pemilihan itu dijalankan secara sah dan calon itu layak bertanding, kita harus terima.
"Kami di KBS juga akan sentiasa bekerjasama dengan sesiapa yang mendapat mandat daripada persatuan sukan dan saya harap kerjasama ini akan memberi kebaikan kepada sukan negara," ujarnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan