Rabu, 10 September 2014

Zam anggap Harakah Online telah dikuasai Anwarinas

 
Ini rentetan dari kegagalan Harakah melaporkan tentang Nik Abduh yang dilabel sebagai pengkhianat seperti mana yang dilaporkan The Star.


Picture 23


PETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin mengkritik lidah rasmi PAS, Harakah, yang tidak melaporkan berita mengenai anak bekas Menteri Besar Kelantan Nik Abduh mengistiharkan perang “Gerak Kubor” terhadap PKR dan DAP.

Menurutnya, The Star online telah mendahului Harakah dalam menyiarkan berita yang menggemparkan itu.

Dalam laporan yang dibuat akhbar The Star, Nik Abduh yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS dan angota Jawatankuasa PAS Pusat menyifatkan pemimpin kedua parti itu (PKR dan DAP) sebagai pengkhianat kepada PAS.

Zainudin berkata, Nik Abduh telah membuat satu kenyataan menerusi akaun Facebooknya yang mengatakan Presiden PAS telah memutuskan tidak perlu lagi berunding dengan kedua parti itu dan memberikan amaran bahawa partinya akan mengambil tindakan keras terhadap DAP dan PKR jika mereka terus tidak mempedulikan kesabaran yang ditunjukkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi.

“Beliau mengajak seluruh ahli PAS” Mari kita lancarkan “Gerakan Kubor”…. jumpa disana…

“Harakah Online tidak menyiarkan suara penting dari seorang anggota jawatankuasa pusatnya yang juga anggota Parlimen. Nyatalah suara parti ini dkuasai oleh Anwarinas,” jelas Zainudin dalam blog terbarunya.

Tiada ulasan: