Sabtu, 13 September 2014

Zahid tak serius bincang Akta Hasutan- Pemuda Pakatan

Oleh: Lyn Nasir


KUALA LUMPUR  : Pemuda Pakatan Rakyat kecewa apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir dalam perbincangan yang sepatutnya diadakan hari ini.

Sebaliknya, Zahid hanya menghantar wakil iaitu Setiausaha Bahagian Keselamatan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Din untuk bertemu mereka di Pejabat KDN di Putrajaya.

Nik NazmiMenurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, Awang Din dalam pertemuan itu mengesahkan tiada perkembangan dalam proses untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.

“Jadi boleh dikatakan itu adalah jawapan utama yang kita boleh katakan daripada perbincangan tadi,” katanya ketika ditemui di Perkarangan bangunan KDN.

Minggu lalu, Pemuda Pakatan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri untuk memansuhkan Akta Hasutan, dan menggesa agar dihentikan serta merta pendakwaan terhadap individu yang dikenakan di bawah akta tersebut.

Namun Awang menjelaskan ia adalah kenyataan Perdana Menteri dan pihaknya tidak menerima sebarang maklumat tentang perkara itu.

“Itu pengumuman yang dibuat Perdana Menteri tapi dia (Awang) tak ada maklumat tentang perkara itu. Itu yang kita musykil kenapa ia berlaku.

“Sebab itu saya tanya, jadi apa perkembangan dari segi pemansuhan (Akta Hasutan)? Dia kata tak ada progess, jadi saya fikir jawapan tu seolah-olah ingin melanjutkan akta tersebut,” jelasnya lagi.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat bagaimanapun menjelaskan pihaknya bersama Nik Nazmi dan Ketua Pemuda DAP (DAPSY), Teo Kok Seong akan berbincang untuk langkah seterusnya susulan jawapan yang diberikan KDN.

Tiada ulasan: