TUMPAT: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dilantik sebagai
pengerusi jawatankuasa bebas untuk mengkaji semula Prosedur Operasi
Standard (SOP) Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Pelantikan itu dimaklumkan sendiri Timbalan Perdana Menteri yang juga
Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada sidang media di
Kampung Simpangan di sini, sebentar tadi.
Beliau menjelaskan, lapan lagi anggota jawatankuasa itu akan dilantik dalam masa terdekat.
Beliau juga memaklumkan tempoh tiga bulan diberi kepada jawatankuasa
itu untuk mengemukakan cadangan berkaitan penambahbaikan kepada SOP itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan