MALAYSIAKINI
Polis bertindak menyuraikan sekumpulan lebih 20 orang anggota Unit Amal
PAS di kawasan sekitar Stesen LRT Pandan Indah pada malam tadi yang
merancang untuk menjalankan rondaan keselamatan.
Laporan Berita Harian menyebut, polis menghalang usaha tersebut kerana Unit Amal PAS tiada kuasa untuk membuat operasi terbabit.
Laporan itu memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Khairuldin
Saad yang mengeluarkan arahan terbabit di lokasi tersebut.
“Selepas
mengadakan perbincangan, kita nasihatkan kumpulan itu beredar dengan
cara baik dan mereka mengikut arahan polis untuk beredar dalam tempoh 15
minit.
“Juta tidak mahu mana-mana pihak mengambil tindakan sendiri terhadap
jenayah yang berlaku di kawasan ini kerana setiap laporan polis
berhubung kejadian jenayah yang berlaku disiasat sewajarnya,” kata
Khairuldin seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Kumpulan Unit Amal PAS yang menyertai operasi berkenaan diketuai pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, yang juga exco kanan kerajaan Selangor.
Mengulas mengenai kejadian itu, Iskandar dalam kenyataannya hari ini
berkata Unit Amal PAS Selangor akur dengan arahan tersebut, namun akan
terus memantau tahap keselamatan di kawasan terlibat.
"Pihak kami melalui anggota Unit Amal, petugas PAS Kawasan Pandan dan
penduduk tempatan akan terus memantau Stesyen LRT Pandan Indah pada
waktu malam bagi memastikan terdapat rondaan keselamatan yang secukupnya
oleh pihak polis.
Beliau juga akan mengatur satu pertemuan dengan pihak polis untuk membincangkan "masalah keselamatan" yang berbangkit.
"Kami yakin kerjasama di antara pihak kami, penduduk tempatan dan pihak
polis amat penting dalam usaha untuk membanteras jenayah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan