MALAYSIAKINI
Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam Andrew
Khoo dilarang daripada memasuki Hanoi sejurus selepas mendarat di bandar
di Vietnam itu.
Khoo berkata, beliau diiring kembali ke pesawat yang dinaikinya dan tidak diberikan sebarang alasan berhubung larangan itu.
Beliau berkata dimaklumkan perkara itu ketika dibawa ke pejabat imigresen di lapangan terbang selepas pasportnya dicop.
Di situ, katanya, beliau melihat pekerjanya sibuk mengisi borang
tertentu, membuat panggilan telefon dan pasportnya disalin beberapa
kali.
“Selepas kira-kira 20 minit, saya dimaklumkan bahawa saya dilarang masuk
ke Vietnam, cop masuk saya dibatalkan dan saya diiring semula ke
pesawat Malaysian Airlines MH753 yang membawa saya ke sini,” tulisnya di
Facebook.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan