THE MALAYSIAN INSIDER
Kertas Sains UPSR ditangguhkan ke 30 September berikutan kebocoran soalan peperiksaan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari,
Kertas peperiksaan Sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan esok ditangguhkan ke 30 September berikutan soalan peperiksaan bocor.
Ia disahkan Kementerian Pendidikan menurut satu kenyataan dikeluarkan Lembaga Peperiksaan (LP) petang ini.
Menurut Pengarah Peperiksaan LP, pihaknya menerima laporan yang kertas Sains dengan kod 018, 028 and 038 yang dijadualkan berlangsung esok jam 8.15 pagi hingga 9.30 pagi didapati bocor.
"Berdasarkan siasatan awal pihak LP, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut tersebar menerusi media sosial.
"LP membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," katanya.
Tahun ini terdapat 472,853 pelajar Tahun Enam menduduki UPSR seluruh negara.
Ia bermula semalam dan dijadualkan berakhir esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan