Rabu, 10 September 2014

Dua ahli PPS didakwa di mahkamah

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
 
GEORGE TOWN: Dua anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang dan seorang aktivis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret George Town, hari ini atas tuduhan bergaduh di tempat awam pada 17 Ogos lalu.
 
Mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan menghadapi hukuman penjara jika disabit kesalahan. 
 
Ahli PPS Lee Yew Kuen, 66, dan Lee Chan Kwong, 35, serta ahli perniagaan dan aktivis sosial Ong Eu Soon, 51, dituduh melakukan kesalahan itu pada majlis makan malam sempena Perayaan Hungry Ghost berhampiran sebuah pasar di Bandar Baru Air Itam pada jam 10.45 malam. 
 
Kedua-dua Lee  diwakili peguam RSN Rayer  sementara Ong tidak diwakili peguam.
 
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani mohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM2,500 seorang bagi setiap tertuduh.
 
Jika disabit kesalahan, mereka menghadapi hukuman penjara sebulan dan denda RM200.
 
Penubuhan PPS oleh kerajaan negeri pimpinan DAP mencetuskan kontrovesi kerana ia tidak berdaftar dengan sebarang agensi persekutuan termasuk Pendaftar Pertubuhan.
 
Badan yang mempunyai kira-kira 10,000 ahli dilihat sebagai cuba mengambil alih tugas polis tanpa menjalani sebarang latihan khusus.
 
Pemeriksaan polis juga mendapati segelintir daripada ahlinya gagal ujian dadah dan dikehendaki bersabit siasatan jenayah.
 
Puluhan ahli PPS ditahan semasa menyertai perarakan menyambut Hari Kemerdekaan yang lalu.
 
Ketua Menteri Lim Guan Eng mendakwa PPS tidak perlu berdaftar dengan mana-mana badan persekutuan dan menegaskan ia tidak akan dibubarkan.

Tiada ulasan: